Ramai wanita sekarang mula rasa sakit kaki walaupun baru beberapa jam berjalan atau berdiri. Tapak mula perit dan tumit mencucuk. Malah, kasut pula cepat sangat berubah bentuk.
Masalah ni jadi lebih ketara sejak semakin ramai wanita bekerja dalam rutin yang padat, berjalan laju ke office, turun naik tangga, berdiri lama, dan terus bergerak tanpa sempat rehat.
Orang selalu salah faham: ini bukan semata-mata masalah kasut. Banyak kali puncanya datang dari cara kita berjalan.
Bila posture tak betul, tekanan pada kaki jadi tak seimbang. Ada yang hentak tumit terlalu kuat. Ada yang condong ke depan. Ada yang tekan jari lebih daripada sepatutnya.
Sebelum kita salahkan kasut, kita kena tahu satu hakikat penting:
walking posture menentukan sama ada kaki kita rasa ringan… atau terseksa setiap hari.
Kalau nak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada kaki setiap kali anda melangkah, dan macam mana nak betulkan posture secara mudah, teruskan baca.

Kenapa Cara Berjalan Penting Untuk Kesihatan Kaki
Setiap kali kita melangkah, kaki sebenarnya menanggung tekanan sehingga satu setengah hingga dua kali ganda daripada berat badan.
Tekanan ini tidak berbahaya kalau cara berjalan kita seimbang. Tapi bila posture lari sikit, tumit hentak terlalu kuat, badan condong ke depan atau tekanan berpindah ke satu sisi, kesannya mula terasa pada tumit, betis dan pinggang.
Rasa mencucuk, sengal atau lenguh itu bukan muncul tiba-tiba. Ia datang daripada tekanan kecil yang berulang ribuan kali setiap hari.
Walking posture yang tidak betul juga memberi kesan langsung pada kasut. Bila tekanan tidak diagih dengan betul, kusyen tapak kasut tak boleh serap impak dengan seimbang.
Inilah punca midsole cepat collapse, tapak haus sebelah dan kasut hilang bentuk walaupun baru beberapa bulan pakai.

Tabiat Berjalan Yang Salah
Ramai wanita sebenarnya berjalan dengan cara yang nampak normal, tapi memberi tekanan berlebihan pada kaki tanpa disedari.
Salah satunya ialah hentak tumit terlalu kuat. Bila tumit mendarat dengan impak keras, tekanan naik terus ke tumit dan betis, menyebabkan rasa mencucuk selepas berjalan lama. Ini juga buat tapak kasut cepat haus di bahagian belakang.
Langkah yang terlalu kecil pun satu masalah. Bila stride pendek, tekanan tertumpu pada bahagian depan kaki. Akibatnya jari cepat penat, mudah sakit bila pakai heels, dan tapak kasut haus tidak sekata.
Ada juga yang condongkan badan sedikit ke depan semasa berjalan. Posture ini memindahkan beban ke tengah kaki dan tumit, menyebabkan lenguh pada betis dan pinggang, sambil memaksa kusyen kasut bekerja lebih keras daripada sepatutnya.
Satu lagi habit yang ramai tak sedar ialah kaki landing berat sebelah kiri atau kanan. Bila tekanan tak sekata, kasut hilang alignment dengan cepat dan kaki mula sakit pada pressure point tertentu.
Masalah-masalah kecil ini bila digabungkan setiap hari… akhirnya jadi punca kaki sakit dan kasut cepat rosak.

Tanda-Tanda Walking Posture Anda Salah
Walking posture yang tak seimbang selalu bagi “signal” awal, cuma ramai tak perasan. Kalau anda alami beberapa perkara di bawah, besar kemungkinan cara berjalan anda tak stabil:
• Tapak kasut cepat haus di satu bahagian saja - biasanya luar tumit atau depan tapak.
• Sakit tumit bila bangun pagi - tanda tekanan berlebihan setiap langkah.
• Jari kaki rasa sempit walaupun pakai saiz betul - tekanan tertolak ke depan.
• Pinggang atau betis cepat lenguh selepas berjalan lama - badan condong atau langkah tak natural.
• Kasut cepat hilang bentuk - tekanan tak sekata pada midsole dan insole.
• Rasa seperti kaki “lari” ke kiri atau kanan bila berjalan - gait tak stabil.
Cara Berjalan Yang Betul
Cara berjalan yang betul bermula dengan badan yang stabil.
Bila core engage walaupun ringan, langkah jadi lebih seimbang dan tekanan tak jatuh ke satu bahagian kaki.
Setiap langkah sepatutnya roll dari tumit, ke tengah tapak, kemudian ke jari - smooth dan tanpa hentakan kuat.
Langkah pula biar natural, tidak terlalu panjang supaya badan tak condong ke depan. Pastikan bahu align dengan pinggul untuk kekalkan posture yang steady.
Namun paling penting, elakkan hentak tumit kerana impak keras boleh sebabkan sakit serta mempercepatkan kusyen kasut rosak.
Pemilihan kasut juga memainkan peranan besar. Kasut yang stabil, ada cushioning dan sokongan tapak yang baik membantu kaki mendarat lebih lembut dan kekalkan walking posture yang sihat.
Kesimpulan
Walking posture mungkin nampak perkara kecil, tapi kesannya besar pada kesihatan kaki dan ketahanan kasut yang kita pakai setiap hari.
Bila cara berjalan lebih seimbang, tekanan pada tumit, jari dan tapak kaki jadi lebih ringan. Langkah rasa lebih stabil dan paling ketara, kasut pun tahan lebih lama kerana kusyen dan tapak tidak dipaksa bekerja luar biasa.
Kalau anda mula perasan kasut cepat haus atau kaki selalu sakit walaupun pakai kasut yang baik, besar kemungkinan puncanya datang daripada cara anda melangkah.
Untuk wanita yang perlukan kasut yang bukan saja cantik, tapi stabil, empuk dan sesuai untuk long hours, anda boleh lihat koleksi Madre.