PAYDAY SALE AS LOW AS RM59
Madre
Cart 0
  • PAYDAY SALE
  • SHOES
    • FOR WOMEN
      • HEELS
      • WEDGES
      • SANDALS
      • FLATS
    • FOR MEN
    • FOR KIDS
  • ACCESSORIES
    • FOOT CARE
    • FOOT CUSHION
    • STYLE ESSENTIALS
      • CLIPGLAM™ SHOE CLIP
      • GRIPGLAM™ SHOE STRAPS
    • SOCKS
    • BAGS
My Account
Log in Register
Madre
  • PAYDAY SALE
  • SHOES
    • FOR WOMEN
      • HEELS
      • WEDGES
      • SANDALS
      • FLATS
    • FOR MEN
    • FOR KIDS
  • ACCESSORIES
    • FOOT CARE
    • FOOT CUSHION
    • STYLE ESSENTIALS
      • CLIPGLAM™ SHOE CLIP
      • GRIPGLAM™ SHOE STRAPS
    • SOCKS
    • BAGS
Search products Account Cart 0

Search our store

Madre
Account Cart 0
Popular Searches:
Wedges Reana Heels Lily
Madre Blog

Cara Elak Kasut Dari Berkulat - 7 Langkah Penjagaan Wajib

by Admin Madre on Oct 29, 2025
Cara Elak Kasut Dari Berkulat - 7 Langkah Penjagaan Wajib

Minggu lepas kita dah share tentang punca kasut berkulat dan cara cegah sebelum rosak. Tapi kali ni, kita nak pergi lebih detail terus ke bahagian paling penting: 'macam mana nak elak kasut daripada berkulat terus.'

Ramai wanita tak sedar, kulat ni bukan sekadar buat kasut nampak kotor.
Kalau dibiarkan, dia boleh:

  • Rosakkan material kasut

  • Buat kasut berbau

  • Kadang tu... satu rak kasut pun kena sekali 

Dalam artikel kali ni, Madre nak kongsi cara paling mudah & berkesan untuk elak kasut berkulat - tak kira kasut kerja, heels, atau flats kegemaran anda.

Semua tip ni praktikal, boleh buat kat rumah, dan sesuai untuk cuaca Malaysia yang lembap sepanjang tahun.

1. Pastikan Kasut Kering Sempurna Sebelum Disimpan

Ini langkah paling asas tapi ramai orang skip !

Kalau kasut masih lembap (lepas pakai, lepas hujan, atau baru basuh), jangan terus simpan dalam kotak atau almari.

Lembapan tu yang akan jadi punca utama kulat mula tumbuh.

Cara betul:

  • Keringkan dulu bawah kipas atau guna hair dryer / blower suhu rendah.

  • Jemur bawah teduh ±1–2 jam (bukan bawah matahari terik!).

  • Pastikan bahagian dalam (lining dan tapak) pun betul-betul kering.

Kenapa tak boleh matahari terus?
Haba kuat boleh rosakkan gam dan buat warna kasut cepat pudar.

2. Gunakan Silica Gel 

Silica gel ni bukan sekadar “sampah kecil” dalam kotak tapi penyelamat kasut daripada lembapan! 

Bila beli kasut atau beg baru, jangan buang pek kecil tu.

Letak 1–2 pek silica gel dalam setiap kotak atau shoe bag. Kedua-duanya berfungsi untuk serap lembapan berlebihan yang boleh jadi punca kulat tumbuh.

Tip:
Tukar silica gel setiap 2 bulan sekali supaya kesannya kekal maksimum.

3. Simpan Dalam Shoe Bag Bernafas 

Ramai tak perasan, cara kita simpan kasut pun boleh tentukan sama ada dia berkulat atau tak.

Kalau simpan dalam plastik Ziploc atau kotak kedap udara, udara tak dapat keluar. Bila ia berlaku - lembapan akan terperangkap, dan kulat mula membiak perlahan-lahan 

Cara betul:

  • Guna shoe bag bernafas (jenis kain mesh atau fabric breathable).

  • Pastikan ada sedikit ruang udara supaya kasut boleh “bernafas”.

  • Elak simpan terlalu lama dalam bekas tertutup rapat.

4. Lap Bahagian Dalam & Tapak Setiap Kali Lepas Pakai

Ini habit kecil tapi kesannya besar !

Lepas buka kasut, luangkan 1 minit untuk lap bahagian dalam & tapak. Kemudian, gunakan kain lembap atau wet wipes untuk buang peluh, habuk, dan minyak kaki. Bahagian lining dalam kasut biasanya paling lembap, jadi jangan skip.

Lepas lap, biar kasut “bernafas” dulu 15–30 minit di tempat terbuka sebelum simpan semula. Langkah simple ni boleh elak kulat tumbuh, dan kekalkan bau kasut sentiasa segar.

5. Spray Anti-Kulat 

Langkah ni sesuai untuk yang jenis suka simpan kasut lama atau jarang pakai. Spray ringan boleh bantu halang spora kulat dari mula tumbuh, terutamanya bila cuaca lembap.

Cara guna:

  • Spray sedikit saja ke bahagian dalam kasut setiap kali lepas pakai.

  • Jangan sampai kasut basah, cukup bagi permukaan lembap ringan.

Alternatif semula jadi:
Campurkan cuka putih + air (1:1) dalam botol spray kecil.
Spray nipis-nipis, kemudian biar kasut kering sebelum simpan.

Elak spray berlebihan.
Kalau terlalu lembap, kesannya boleh jadi sebaliknya kulat makin suka! 

6. Tukar Lokasi Simpanan Sekali Sekala

Kasut pun perlu “bernafas” sekali-sekala. 

Kalau simpan di tempat sama terlalu lama terutama bawah tangga, dalam almari tertutup, atau bilik lembap udara tak dapat circulate. Hasilnya: lembapan terkumpul, kulat mula tumbuh perlahan-lahan.

Tip penjagaan:

  • Sekali sebulan, keluarkan semua kasut dari rak atau kotak.

  • Biarkan di ruang terbuka 1 hari untuk keringkan udara dalam material.

  • Jangan simpan dalam kereta lama-lama! Haba tinggi + kelembapan = breeding ground untuk kulat & bau.

7. Pilih Material Kasut Yang Mudah Dijaga

Kadang bukan cara simpan je penting, material kasut pun main peranan besar.

Kalau nak elak kulat, pilih kasut yang tak mudah serap lembapan dan senang dibersihkan. Material PU premium atau faux leather contohnya, lebih tahan dan cepat kering bila dilap.

Sebaliknya, material macam suede atau velvet mudah perangkap lembapan dan susah nak maintain especially kalau rumah atau cuaca sekeliling lembap.

Tip bijak:
Bila beli kasut baru, tengok dulu jenis material. Kalau senang lap, itu petanda dia low-maintenance & tahan lama.

“Model seperti Stiora X Pointed Kitten Heel dan Lily Scallop Block Heel direka dengan material PU yang senang lap dan tahan lama sesuai untuk iklim Malaysia.”

Kesimpulan 

Kasut yang dijaga dengan betul boleh tahan bertahun bukan setakat nampak baru, tapi kekal selesa setiap kali dipakai.

Amalkan je 7 langkah mudah ni, dan anda takkan lagi pening tengok tompok kulat tiba-tiba muncul dekat kasut kegemaran.

Yang penting, jangan tunggu kasut rosak baru nak mula jaga. Start kecil, tapi konsisten !

“Kalau anda nak kasut yang senang dijaga dan tahan cuaca Malaysia, explore koleksi terkini Madre di madre.my semua direka untuk tahan lama dan kekal bergaya.”

Previous
Punca Kasut Berkulat dan Cara Cegah Sebelum Rosak

Related Articles

Punca Kasut Berkulat dan Cara Cegah Sebelum Rosak

Punca Kasut Berkulat dan Cara Cegah Sebelum Rosak

Cara Elak Kasut Ketat Waktu Petang - Rahsia Ramai Wanita Tak Tahu !

Cara Elak Kasut Ketat Waktu Petang - Rahsia Ramai Wanita Tak Tahu !

Kenapa Tapak Kasut Penting Untuk Kesihatan Lutut & Pinggang Wanita

Kenapa Tapak Kasut Penting Untuk Kesihatan Lutut & Pinggang Wanita

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Tags

  • flats
  • health
  • heels
  • kasut kerja
  • sandals
  • shoe overview
  • tips
  • weddings
  • wedges
  • work shoes

Comfort in Every Step Now with RM10 OFF

Sign up to try our bestsellers, crafted for long hours on your feet.

About Us

  • Our Story
  • Tips & Care
  • Shop All
  • CSR

Policies

  • Privacy Policy
  • Returns & Exchanges
  • Defect Item Policy
  • Terms of Service

Customer Service

  • FAQ
  • Size Guide
  • Track Order
  • Shipping Info
  • Contact Us

Have A Question?

Call +603 8328 2179

Email shop@madre.my

Tuesday - Sunday
Monday Closed

9AM - 6PM

© 2025, Madre Sdn. Bhd. (1357939-U) All Rights Reserved.

Shopping Cart

Your cart is currently empty.
null
Subtotal RM0.00
View Cart
Trust secure badge