Kasut kerja sememangnya menjadi keutamaan ramai wanita diluar sana kerana ia melambangkan personaliti seseorang individu itu. Pemilihan kasut kerja adalah berpandukan kepada keselesaan kerana waktu bekerja.
Jadi, apa jenis kasut yang boleh dipakai ke ofis?
1. Kasut bertutup
Kasut yang sesuai ke pejabat semestinya kasut yang bertutup supaya nampak lebih formal dan sesuai dengan aktiviti harian di ofis, seperti ‘meeting’, berjumpa klien dan sebagainya.
2. Tidak terlalu tinggi
Elakkan memakai kasut yang terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan kita susah berjalan, atau boleh terjatuh. Lebih-lebih lagi jika memakai heels yang tajam ataupun halus!
3. Elakkan memakai sneakers atau selipar
Kasut yang paling sesuai ke ofis mestilah formal. Dengan memakai sneakers atau selipar kerana tidak sesuai untuk urusan rasmi dan tidak menunjukkan etika bekerja.
4. Kasut yang lembut dan selesa
Kenapa kena pakai kasut yang lembut dan selesa ke ofis? Sebab jika ada anda memakai kasut yang cantik tapi tidak memberi keselesaan semasa maktu bekerja, percayalah ia akan membuat mood sis totally off! Jadi, kasut cantik itu adalah subjektif, yang penting ialah keselesaan kita.